Search for a command to run...
This paper examines the functional transformation of traditional Malay houses in Kampung Morten, the sole surviving traditional village within the urban centre of the Melaka World Heritage Site. While tourism adaptation presents crucial economic opportunities, rapid urbanisation and commercial pressure threaten the architectural authenticity and authentic cultural identity of these historical dwellings. Hence, this study aims to investigate the core factors influencing this functional transformation, assess its subsequent impact on structural and interior design and identify the conservation measures implemented by the community. Subsequently, this study employed a qualitative research design, in which data were gathered through purposive sampling via semi-structured interviews with 8 informants, including local homeowners and authorities, along with field observation, and were finally evaluated using thematic analysis. The findings reveal that the transformation is primarily driven by three factors: sentimental desire to sustain the family legacy, immediate structural maintenance needs, and the necessity of economic generation. In addition, the study shows that the structural impacts of this adaptation are minimal and conservative, with the transformation designed for interior space and modern comfort while maintaining key symbolic architectural elements. Finally, sustainable cultural heritage assets can be achieved through regular maintenance, active community collaboration, and informal heritage education aimed at younger generations. In conclusion, the functional transformation of traditional houses in Kampung Morten is carried out sustainably, demonstrating that adaptive heritage management can reconcile contemporary economic needs with the preservation of both tangible and intangible cultural heritage. ABSTRAK Makalah ini meneliti perubahan fungsi rumah tradisional Melayu di Kampung Morten, satu-satunya perkampungan tradisional yang masih wujud di pusat bandar Tapak Warisan Dunia Melaka. Walaupun adaptasi pelancongan menawarkan peluang ekonomi yang penting, pembandaran pesat dan tekanan komersial mengancam keaslian seni bina dan identiti budaya asal kediaman bersejarah ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji faktor-faktor utama yang mendorong perubahan fungsi ini, menilai kesannya terhadap struktur dan reka bentuk dalaman, serta mengenal pasti langkah-langkah pemuliharaan yang dilaksanakan oleh komuniti. Seterusnya, kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif, yang mana data dikumpul melalui persampelan bertujuan (purposive sampling) menerusi temu bual separa berstruktur bersama 8 informan yang terdiri daripada pemilik rumah dan pihak berkuasa, berserta pemerhatian lapangan, dan akhirnya dianalisis menggunakan analisis tematik. Dapatan kajian mendedahkan bahawa transformasi ini didorong terutamanya oleh tiga faktor: keinginan sentimental untuk mengekalkan legasi keluarga, keperluan segera untuk penyelenggaraan struktur, dan keperluan penjanaan ekonomi. Selain itu, kajian ini menunjukkan bahawa kesan penyesuaian ini terhadap struktur adalah minimum dan konservatif, dengan transformasi direka bentuk untuk ruang dalaman dan keselesaan moden sambil mengekalkan elemen seni bina simbolik yang utama. Akhir sekali, aset warisan budaya yang mampan boleh dicapai melalui penyelenggaraan berkala, kerjasama komuniti yang aktif, dan pendidikan warisan tidak formal yang disasarkan kepada generasi muda. Kesimpulannya, transformasi fungsi rumah tradisional di Kampung Morten dilaksanakan secara lestari, membuktikan bahawa pengurusan warisan adaptif mampu mengimbangi keperluan ekonomi kontemporari dengan pemeliharaan warisan budaya ketara dan tidak ketara.
Published in: International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT)
Volume 14, Issue 1, pp. 245-264